saja2suka2

saja2suka2
Tutup idung, anda sedang berada dalam blog air saya. Blurpp...

Sunday 21 October 2012

Bicara disebalik gambar

Nahh.. Kali ini saya dengan ringan tulang dan berbesar hati upload gambar2 yang saya rasa mempunyai seribu makna, seribu persoalan dan mungkin juga sekadar cerita kedai kopi.. Saya seorang yang suka mengambil gambar.. Kemana je saya pergi, asal nampak sesuatu yang pelik atau istimewa, saya takkan pernah melepaskan peluang untuk merakam moment ketika itu.. Buat pembaca semua, semua gambar2 ni asli dan bersih dari saya sendiri.. lihat dan nilailah sendiri.. :)

gambar ni diambil ketika waktu senja. matahari mulai menurun


gambar ni pula ketika sedang bermain bola tampar. 

ni taman bunga makcik. suka dengan bunga ni.


ni gambar buah pisang di belakang rumah. cer teka nape pic ni di ambil?

ohh.. rupa2nya jantung pisang ni ke atas.. (ayah yg suruh ambik gamba ni. buat kenangan katanya)

sangat cantik

hanya pemandangan biasa2 je.

Mari Tengok Gambar

Ehem2.. Rasa2nya kan.. Mulai sekarang, tak perlulah saya tulis isi blog berjela-jela.. Cukuplah dengan memaparkan gambar2 dan sedikit catatan kepada sesiapa yang datang membaca blog.. Mungkin kadang2 perlu juga untuk meng'update sampai berapa patah perkataan.. Tapi saya taknak dan saya sangat malas..


Welcome to the new chapter

Monday 28 May 2012

Kawan & Sahabat

Sahabat,
usia perhubungan bukan lah pengukur kesetiaan kita,
13tahun itu bukan sekejap,
banyak yg kita cipta sepanjang perjalanan meniti kehidupan ini,
ketawa kita menghiasi kenangan,
berduka kita mengeratkan lagi hati budi,

Sahabat,
benar kata orang,
setiap pertemuan ada perpisahan,
setiap kali timbulnya matahari akan ada hujannya,
setiap kali kita ketawa kita akan menangis,

Sahabat,
kita takkan kemana-mana jika masing2 mendiamkan diri,
kita akan saling melupakan jika kita buat2 tidak tahu.

Sahabat,
rindu ini saya simpan untuk awak.


Wednesday 21 March 2012

k.s

kasih sayang yg kau tanam tlh subur,
terima kasih kerana rajin menjaganya setiap hari,
maka hati mu sentiasa berbunga riang mekar,
beban di hati akan terhapus,
dan benci mu akan pudar perlahan2.

mohon lah waktu utk hati mu sembuh,
cuma waktu yg memberi makna pengharapan,
kerana syg mu yg dulu itu membajai persahabatan mu.

Saturday 10 March 2012

selalu begitu

Kita pernah berada dalam dilema. Kita terpaksa memilih dan mengorbankan sesuatu. Tapi bila kita berada di tengah2 situasi begini, apa yang kita boleh buat tanpa menyakitkan hati kedua2 pihak. 

Antara persahabatan dan impian? Apa yg sebaik2nya yg paling terbaik utk kita?

Awak, saya taknak masalah tu disetel secara public gitu. Mereka pun nak jg. Cuma marilah kita jd sebagai pemerhati dan mengganti bila perlu. Bukan mendedahkan kelemahan mereka. Kita telah membuat ramai pihak salah faham. Saya pun taknak awak dalam kesusahan. Kita boleh tolong mereka. 

Awak sabar je lah. Awaklah yg terbaik.


Thursday 8 March 2012

Saya

Saya terlalu kerdil.
Dan saya terlalu kecil utk terus berada disampingnya.
Hingga tiba saat saya kembali mekar, saya akan bersedia menghadapi dunia dan melawan kembali.

Wednesday 22 February 2012

jangan-jangan

berdiri umpama kau raja,
berucap umpama kau mengetahui,
bertindak umpama kau mengambil tahu.

siapa tahu sosok tubuh di sebalik bayang hitam,
siapa tahu apa di hari esok,
kau gunakan jari mu sebagai kuasa,
suara mu sebagai tahta,
minda kami kau suntik.