saja2suka2

saja2suka2
Tutup idung, anda sedang berada dalam blog air saya. Blurpp...

Wednesday, 23 November 2011

Saya masih belajar menerima kenyataan

Kadang2 saya tak percaya yg dia sudah tidak ada di dunia ni. Saya anggap mcm dia msih ada, tertunggu2 mesej dia, tertunggu2 panggilan dari dia. Tapi asal bertemu mesti bergaduh, menjeling2 macam nak makan org je. Tapi still masih ada rasa syang, rindu. Cuma bila bertemu tu ada saja yang tak kena dan tak puas hati.


Bila ada yang tau tentang kehilangan dia, ramai yang menghantar mesej ucapan 'takziah'. Ketika itu lah saya menyedari dia sudah tiada. Saya tau dia telah pergi, tapi bila ada yang mengungkit rasanya seperti penipuan semata2 selama ini yg saya masih menganggap dia masih hidup. Saya menipu diri saya sendiri supaya saya tidak sedih. tapi rakan2 dan saudara mara banyak menyedarkan saya tentang realiti sebenar dan saya masih belum boleh hendak menrima. Saya perlukan masa. Saya masih merasa kehilangan. Sebab saya sungguh lemah dalam menjaga hati dan perasaan saya.


Bukan saya hendak menunjuk2 kisah sedih saya, tapi saya kena belajar setiap benda yang berlaku pasti ada pengajaran dan hikmahnya. hargai lah seseorang yang banyak berjasa dan menyayangi kita sebelum dia di ambil daripada kita. Kehidupan banyak mengajar kita.



terima kasih atas segalanya. kami pasti akan merinduimu.

Tuesday, 15 November 2011

Saya yang lambat

Kenapa dengan saya yang lambat? Maksud saya dalam dunia materialistik ni. Apa itu materialistik?

  • Mengikut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka online mengatakan "(materialistik) berkaitan dengan kebendaan, bersifat kebendaan, mengutamakan (mementingkan) kebendaan...
hihihi..ada rujukan tu

Kenapa pulak saya tulis macamni? heheh..takde apa-apa sebenarnya. Cuma saya ni lambat maju sikit dalam benda gadget2 ni. Kawan2 seumur saya sudah dapat handphone sendiri dalam umur 13 tahun, saya masih lagi merangkak2 pergi public phone ataupun gi rumah makcik pinjam telefon rumah. Bila umur up sikit, kawan2 dah ada yang ada game boy(time tu RM300+), saya baru je ada game yg berharga (RM5). Pastu kawan2 dah upgrade gi ambik PS2. Saya xpat nak ikut. Mahal.

Dan sekarang, kawan2 dah ada ipad dan iphone, leh akses wifi dimana-mana yg tercapai antenanya. Saya masih lagi ke hulu, ke hilir bawa laptop. Nasib baik ringan dan kecik. 

Jeles? Cemburu? Dengki?
Taklah. Cuma saya bersyukur yang saya tak berebut-rebut menanti keluaran terbaru bagi sebarang gadget2 dan benda teknologi macamni. Lagipun, semuanya berkaitan dengan soal wang ringgit. Kesian mak ayah membanting tulang dengan tulang empat kerat yg mereka tebus bagi menyediakan kesenangan kita dan keperluan kita. Mereka takkan pernah meminta kita untuk bayar balik, malahan mereka akan sentiasa memberi sehingga mereka tiada lagi di dunia ni.

Ermm, saya ter'ceramah pula. Ok lah, saya bukan nak menyinggung mana2 peminat gadget2 atau ipod/iphone, cuma nak mengingat kehidupan masa lalu saya yang menjadikan siapa saya pada hari ini. Saya bangga. Keluarga saya lagi bangga. ihihihi.. Saya buat post yang lebih detail dalam post yang seterusnya. 

(saya tunggu harga ipad/iphone menurun di pasaran, ihihihi)


wowooww..


wah, cuci mata saja ni.


omg, wah2.


Sendiri mau fikirlah. Keputusan untuk memilikinya atau tak terletak di tangan anda. =P

Monday, 14 November 2011

formula??

Saya cabar adik saya Nur'amirah buat formula fizik dalam blog. Dapat ke dia buat? Pernah ke orang buat?
Pandai2 dia la nak aplikasikannya eh.. Hehehehe..




                
                  nampak kiut je formulanya ni                                       uih, kusut juga ni


yang ni saya taknak cakap.surrender je math..hihihi

Hahahaa.. Nombor2 ni seronok sebenarnya kalu dah sebati dalam diri, hati dan otak kita. Cuma cara penerimaan tu je macamana kan. Diamana pun kita berpijak kita takkan pernah lari dari formula.

Contoh 1 :  nak memancing ikan
Formula : joran  +  umpan  + kesabaran - kurang buat bising = dapatlah ikan

Contoh 2 : nak tulis blog
Formula :  idea + rajin mengolah + kreatif = itulah blog saya..hehehe.. takda skema jawapan pun.

Walaubagaimanapun, selamat berblogging dan maju jaya. Buat sehabis yang baik.

Sunday, 13 November 2011

Hujung minggu yg gembira

Petang tadi saya sangat2 seronok keluar jalan2 ngan adik saya (Nur’amirah binti Mazlan). Adik saya tu, percaya jgn tak percaya. Ingatkan saya nak jalan2 sesorang, tetapi ada jodoh terserempak pulak ngan dia di tengah jalan. Memang puas gak, pusing satu kolej. Selain itu, kita berdua ternampak biawak lagi berenang-renang berakit-rakit ke hulu ke hilir. Biawak pun pandai lepak2 sorang diri kat tengah kolam. Ikan je taknak kawan ngan dia, kan2..hihihi..

 Pastu kita berdua men lompat longkang dan parit, men jalan2 atas batu yg kecik2 tu. Adik saya cakap saya nakal, tp yg dia nak ikut jg pasal apa. Seronok la tu kut, hihihi.. Saya tau dia nak men lompat longkang lagi. Pastu ada la sikit kita berdua main debate2, tapi saya rasa saya yg menang. Sebab saya kakak dia. Of course, sangat2 di persetujui. Ngehh..

Tapi memang best kolej kat timur ni, Nampak hijau2 je. Pokok hijau, rumput hijau, buah hijau, jalan raya hijau, padang kawad pun hijau gak. Biar betul?? Hahahaa… tapi yg penting kat timur sini memang terserlah kehijauan alam sekitarnya. Udara pun sedap2 je, senang nak hirup. Masih berkualiti udara kita kat Malaysia ni.


sini ke kita nampak biawak tadi dik? ihihihi
takda binatang yg lebih kiut ke muncul?
asyik biawak je.

...........................................................................................................................................
(ni garisan pemisah antara post gembira dan post kurang gembira)

Esok hari Isnin. Mula lah tu terkejar-kejar masa untuk masuk kelas. Bak kata adik saya, “bukan busy, tapi takda masa,”.. elehh, sama la tu dik..hihihi.. Susah nak cari masa untuk memanjakan diri. Asyik penat je, pastu penuh dengan tugasan, pastu fikiran pun serabut. Apa2 pun, yg penting kena pandai atur waktu. Asyik bertangguh je, tu yg jd pembunuh dalam kehidupan kita sebagai pelajar ni. Pesanan ni pun khas untuk diri saya sendiri, dicipta berdasarkan pengalaman peribadi saya sendiri gak.. hehehe… nak menyesal pun tak berguna.

Okey, taknak bebel banyak, nanti sakit mata nak membaca.

p/s: sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna..>_,<

____________________________________________________________________


oh noooo..dia senyum!
AWAS!
p/s: senyum itu satu sedekah.


Friday, 11 November 2011

Hujung Minggu yg bahagia

Hari ni saya langkah kanan. Kazen ajak lunch kat rumah dia, save gak duit makan arini. Tak lama pastu, kawan mesej bawak g jalan2 kat Kuching. Aduihh.. Ni yg macam best je ni, jalan2 makan angin di hujung minggu. Bukan selalu pun, kawan2 lain hari2 je dengar diorang gi Kuching. Pastu balik kolej nak ready2. Terserempak pulak ngan adik saya kat cafe. Berbual panjang kita berdua macam baru berjumpa.Banyak cerita kita berdua dendangkan sehingga tak sedar jam. 


Nanti petang nak jalan2 pusing kolej je kut. Nak jalan2 tepi kolam. Tadi on the way balik kolej, saya ternampak seekor biawak berenang-renang santai kat tengah kolam tu. Mula2 ingatkan memerang. Suspen juga lah, tak masuk akal langsung kan kawasan sini ada memerang. Hahahahaa...


p/s: nikmati hujung minggu anda sebaik mungkin sebelum kerja2 baru membebankan rutin harian anda. hahahha

nak pergi sini lah one fine day.ihihihihii.. men kayak.
 adik saya bawak men kayak, saya nak bawak dia g sini.
hihihihihihi..jum2.

Kek Lapis Sarawak bebas isu halal

Sumber : Utusan Borneo, Khamis, 10 November 2011

"Pelanggan tidak perlu lagi berasa waswas terhadap kehalalan Kek Lapis Sarawak kerana kini dijamin bersih daripada penggunaan mentega Golden Churn."

Apa masalahnya dengan mentega Golden Churn?
Ok, pada Julai lepas, Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) telah mengumumkan bahawa mentega Golden Churn buatan New Zealand adalah haram kerana didapati mengandungi DNA babi.

Jadi, rakan-rakan yang ingin membeli atau menjadikannya sebagai buah tangan untuk dibawa pulang ke kampung masing-masing, terutamanya rakan-rakan daripada Semenanjung usah risau tentang isu Kek Lapis ini. Keselamatan dan kebersihan serta kesuciaannya telah dijaga oleh pelbagai pihak yang benar-benar menjaga kehalalannya.

Sebelum membeli Kek Lapis, para pelanggan diingatkan supaya menyemak percetakkan pada bungkusan yang mana ia harus menyatakan keluaran PPKLS, ramuan, hak cipta/Geographical Identification Mark (IG) serta logo halal.

Jangan risau!!! Kami menjaga kepentingan anda. hihihihi..

Tuesday, 18 October 2011

Hari yang sangat bahagia

macam-macam pengalaman indah saya dalam masa satu hari ni. mula-mula masuk kuliah pukul 12 tengah hari, tempat duduk kat belakang yang sememangnya port baik punya dah penuh. dengan muka yang biasa-biasa saja (padahal dalam hati gemuruh geler,ramai yg memandang.rasa-rasanya macam nak tersungkur je) duduk ambil tempat terbaik di depan. Trifena Jemima teman saya ni buat selamba ngek je. fuhh...dah habis kuliah dua jam (padahal lewat masuk kelas, hanya dapat menimba ilmu tak sampai sejam)..ok, habis cerita di kuliah..


pasni, citer tentang tutorial pulak..
selepas habis kuliah, saya dan teman terbaik saya ni melangkahkan ayunan kaki yang padu menuju ke destinasi. setibanya kat bilik tutorial, nampak lengang je..apalagi,teman pun bertanya,
"eh, takda orang lah,"
"entahla,tak salah bilik ke?" saya pun bertanya pula.
"ermm, betul la ni,nah tengok," sambil menunjukkan jadualnya kpd saya..
"o....belum pukul 2pm lagi lah,jum tunggu kat sana" saya pun mengajak teman lepak-lepak sekejap.
pukul dua pun tiba dengan sekejapnya,sehingga tiada masa nak lelap.
kita berdua pun pergi ke bilik tutorial. masih juga kosong. teman dengan penuh keyakinan mengajak saya mengambil tempat di belakang nun sekali, tempat kegemaran.
10minit berlalu...
akhirnya, muncul kawan-kawan setutorial menberi statement yang 'membahagiakan'.
"hari ni takda tutorial, sama juga ngan minggu depan,"
atoii...kita berdua sekali lagi membawa diri keluar merayau-rayau sambil menunggu waktu senja.


Dipendekkan cerita, ketika menunggu bas untuk pulang (9pm), kita berdua sekali lagi di uji kesabaran yang semakin menipis. Dengan selamba pakcik bas babai ngan asap nya sehingga menyebabkan kita berdua tercengang dan menyumpah dalam hati. Tak tahu siapa yang salah.
Akhirnya, setelah satu jam menunggu dengan penuh ceria, tibalah bas yang dinanti-nantikan.
Setibanya di tempat kediaman, sekali lagi! Sekali lagi, kesabaran dan keimanan ini di uji. 
Tiba-tiba,
muncul seekor binatang yang hampir-hampir meragut kewarasan hati nurani teman..
Seekor anjing sedang menyalak dan sedang bersedia dengan menghadiahkan serangan. Apalagi, tanpa segan silu teman saya naik ke atas tong sampah. Tinggal saya seorang diri di bawah. Macamana lah dengan saya teman? hihihi..takda apa-apa yang terjadi, anjing tu saja nak gertak. Nasib baik lah ada seorang lagi tu bawa kita berdua ikut jalan yang lebih selamat.
Akhirnya, tiba di bilik dengan selamat dan dengan jayanya menghebahkan cerita ini.


p/s: Hati-hati lalu di tempat yang gelap. Pastikan berteman. Sama-sama kita menjaga diri.

Friday, 14 October 2011

kawan-kawan saya yang sporting


Mawi, Zarul dan Jemima.
orang kuat saya tak kira walau di mana pun jua.
Mawi muka saja macam serius, bila dia buat lawak
pasti nak gelak punya.
tengok muka dia pun dah nak ketawa.
nembiak laki towk dari Kelantan.
Zarul ni macam perempuan.
banyak songeh, tapi cool. dia sporting lar
nya towk sik tauk dari ciney,lupak ba
Jemima taiko segala raja
kawan lama sejak dari form 1.
banyak lalat lah kenak dgn dia ni.kaki bebel


ini Nur'amirah bt Mazlan,merangkap adik saya di UNIMAS
sebab dia paling muda dalam kalangan kami segroup
kadang-kadang suka juga nak panggil dia 
"MATRIX"
bukan apa,kawan kita sorang tu pun ada pinjam nama yg sama
"MIRA"
so,memudahkan panggilan, nama timangan yang khas telah diberikan.
...................................................
atoii Mira, saya takde gamba awak.tak dapat nak perkenalkan awak
saya post gambar awak untuk episod seterusnya lah ya.


15/10/2011

bukan benda baru dalam dunia blog ni.
cuma hati belum jatuh cinta sangat ngan blog.
tapi kenapa juga saya nak buat blog?
sebab ikut kawan seronok ada blog?
sebab nak bermadah berkata?
.................................
sebab, kat blog saya boleh kata apa yang saya nak kata.
tapi walau apa pun, saya cuba yang terbaik
untuk menghasilkan satu blog yang menarik untuk di baca.
selamat berkenalan.



ini kawan saya. nama dia Farah.
saya budak gemok sebelah kiri tu.
Farah ni pendiam je kalau kita tak mengenali dia lebih dekat.
tak kenal, maka tak cinta.
Farah ni saya ketemui ketika MAP
(Majlis Aluan Pelajar) di UNIMAS
seronok kawan ngan Farah, dia sporting dan tau sebut 'aok' je
dalam banyak-banyak bahasa Sarawak yg dia belajar.