Petang tadi saya sangat2 seronok keluar jalan2 ngan adik saya (Nur’amirah binti Mazlan). Adik saya tu, percaya jgn tak percaya. Ingatkan saya nak jalan2 sesorang, tetapi ada jodoh terserempak pulak ngan dia di tengah jalan. Memang puas gak, pusing satu kolej. Selain itu, kita berdua ternampak biawak lagi berenang-renang berakit-rakit ke hulu ke hilir. Biawak pun pandai lepak2 sorang diri kat tengah kolam. Ikan je taknak kawan ngan dia, kan2..hihihi..
Pastu kita berdua men lompat longkang dan parit, men jalan2 atas batu yg kecik2 tu. Adik saya cakap saya nakal, tp yg dia nak ikut jg pasal apa. Seronok la tu kut, hihihi.. Saya tau dia nak men lompat longkang lagi. Pastu ada la sikit kita berdua main debate2, tapi saya rasa saya yg menang. Sebab saya kakak dia. Of course, sangat2 di persetujui. Ngehh..
Tapi memang best kolej kat timur ni, Nampak hijau2 je. Pokok hijau, rumput hijau, buah hijau, jalan raya hijau, padang kawad pun hijau gak. Biar betul?? Hahahaa… tapi yg penting kat timur sini memang terserlah kehijauan alam sekitarnya. Udara pun sedap2 je, senang nak hirup. Masih berkualiti udara kita kat Malaysia ni.
sini ke kita nampak biawak tadi dik? ihihihi
takda binatang yg lebih kiut ke muncul?
asyik biawak je.
...........................................................................................................................................
(ni garisan pemisah antara post gembira dan post kurang gembira)
Esok hari Isnin. Mula lah tu terkejar-kejar masa untuk masuk kelas. Bak kata adik saya, “bukan busy, tapi takda masa,”.. elehh, sama la tu dik..hihihi.. Susah nak cari masa untuk memanjakan diri. Asyik penat je, pastu penuh dengan tugasan, pastu fikiran pun serabut. Apa2 pun, yg penting kena pandai atur waktu. Asyik bertangguh je, tu yg jd pembunuh dalam kehidupan kita sebagai pelajar ni. Pesanan ni pun khas untuk diri saya sendiri, dicipta berdasarkan pengalaman peribadi saya sendiri gak.. hehehe… nak menyesal pun tak berguna.
Okey, taknak bebel banyak, nanti sakit mata nak membaca.
p/s: sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna..>_,<
____________________________________________________________________
oh noooo..dia senyum!
AWAS!
p/s: senyum itu satu sedekah.