macam-macam pengalaman indah saya dalam masa satu hari ni. mula-mula masuk kuliah pukul 12 tengah hari, tempat duduk kat belakang yang sememangnya port baik punya dah penuh. dengan muka yang biasa-biasa saja (padahal dalam hati gemuruh geler,ramai yg memandang.rasa-rasanya macam nak tersungkur je) duduk ambil tempat terbaik di depan. Trifena Jemima teman saya ni buat selamba ngek je. fuhh...dah habis kuliah dua jam (padahal lewat masuk kelas, hanya dapat menimba ilmu tak sampai sejam)..ok, habis cerita di kuliah..
pasni, citer tentang tutorial pulak..
selepas habis kuliah, saya dan teman terbaik saya ni melangkahkan ayunan kaki yang padu menuju ke destinasi. setibanya kat bilik tutorial, nampak lengang je..apalagi,teman pun bertanya,
"eh, takda orang lah,"
"entahla,tak salah bilik ke?" saya pun bertanya pula.
"ermm, betul la ni,nah tengok," sambil menunjukkan jadualnya kpd saya..
"o....belum pukul 2pm lagi lah,jum tunggu kat sana" saya pun mengajak teman lepak-lepak sekejap.
pukul dua pun tiba dengan sekejapnya,sehingga tiada masa nak lelap.
kita berdua pun pergi ke bilik tutorial. masih juga kosong. teman dengan penuh keyakinan mengajak saya mengambil tempat di belakang nun sekali, tempat kegemaran.
10minit berlalu...
akhirnya, muncul kawan-kawan setutorial menberi statement yang 'membahagiakan'.
"hari ni takda tutorial, sama juga ngan minggu depan,"
atoii...kita berdua sekali lagi membawa diri keluar merayau-rayau sambil menunggu waktu senja.
Dipendekkan cerita, ketika menunggu bas untuk pulang (9pm), kita berdua sekali lagi di uji kesabaran yang semakin menipis. Dengan selamba pakcik bas babai ngan asap nya sehingga menyebabkan kita berdua tercengang dan menyumpah dalam hati. Tak tahu siapa yang salah.
Akhirnya, setelah satu jam menunggu dengan penuh ceria, tibalah bas yang dinanti-nantikan.
Setibanya di tempat kediaman, sekali lagi! Sekali lagi, kesabaran dan keimanan ini di uji.
Tiba-tiba,
muncul seekor binatang yang hampir-hampir meragut kewarasan hati nurani teman..
Seekor anjing sedang menyalak dan sedang bersedia dengan menghadiahkan serangan. Apalagi, tanpa segan silu teman saya naik ke atas tong sampah. Tinggal saya seorang diri di bawah. Macamana lah dengan saya teman? hihihi..takda apa-apa yang terjadi, anjing tu saja nak gertak. Nasib baik lah ada seorang lagi tu bawa kita berdua ikut jalan yang lebih selamat.
Akhirnya, tiba di bilik dengan selamat dan dengan jayanya menghebahkan cerita ini.
p/s: Hati-hati lalu di tempat yang gelap. Pastikan berteman. Sama-sama kita menjaga diri.
saja2suka2
Tutup idung, anda sedang berada dalam blog air saya. Blurpp...
Tuesday, 18 October 2011
Friday, 14 October 2011
kawan-kawan saya yang sporting
Mawi, Zarul dan Jemima.
orang kuat saya tak kira walau di mana pun jua.
Mawi muka saja macam serius, bila dia buat lawak
pasti nak gelak punya.
tengok muka dia pun dah nak ketawa.
nembiak laki towk dari Kelantan.
Zarul ni macam perempuan.
banyak songeh, tapi cool. dia sporting lar
nya towk sik tauk dari ciney,lupak ba
Jemima taiko segala raja
kawan lama sejak dari form 1.
banyak lalat lah kenak dgn dia ni.kaki bebel
ini Nur'amirah bt Mazlan,merangkap adik saya di UNIMAS
sebab dia paling muda dalam kalangan kami segroup
kadang-kadang suka juga nak panggil dia
"MATRIX"
bukan apa,kawan kita sorang tu pun ada pinjam nama yg sama
"MIRA"
so,memudahkan panggilan, nama timangan yang khas telah diberikan.
...................................................
atoii Mira, saya takde gamba awak.tak dapat nak perkenalkan awak
saya post gambar awak untuk episod seterusnya lah ya.
15/10/2011
bukan benda baru dalam dunia blog ni.
cuma hati belum jatuh cinta sangat ngan blog.
tapi kenapa juga saya nak buat blog?
sebab ikut kawan seronok ada blog?
sebab nak bermadah berkata?
.................................
sebab, kat blog saya boleh kata apa yang saya nak kata.
tapi walau apa pun, saya cuba yang terbaik
untuk menghasilkan satu blog yang menarik untuk di baca.
selamat berkenalan.
ini kawan saya. nama dia Farah.
saya budak gemok sebelah kiri tu.
Farah ni pendiam je kalau kita tak mengenali dia lebih dekat.
tak kenal, maka tak cinta.
Farah ni saya ketemui ketika MAP
(Majlis Aluan Pelajar) di UNIMAS
seronok kawan ngan Farah, dia sporting dan tau sebut 'aok' je
dalam banyak-banyak bahasa Sarawak yg dia belajar.
Subscribe to:
Comments (Atom)


