saja2suka2

saja2suka2
Tutup idung, anda sedang berada dalam blog air saya. Blurpp...

Friday, 11 November 2011

Kek Lapis Sarawak bebas isu halal

Sumber : Utusan Borneo, Khamis, 10 November 2011

"Pelanggan tidak perlu lagi berasa waswas terhadap kehalalan Kek Lapis Sarawak kerana kini dijamin bersih daripada penggunaan mentega Golden Churn."

Apa masalahnya dengan mentega Golden Churn?
Ok, pada Julai lepas, Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) telah mengumumkan bahawa mentega Golden Churn buatan New Zealand adalah haram kerana didapati mengandungi DNA babi.

Jadi, rakan-rakan yang ingin membeli atau menjadikannya sebagai buah tangan untuk dibawa pulang ke kampung masing-masing, terutamanya rakan-rakan daripada Semenanjung usah risau tentang isu Kek Lapis ini. Keselamatan dan kebersihan serta kesuciaannya telah dijaga oleh pelbagai pihak yang benar-benar menjaga kehalalannya.

Sebelum membeli Kek Lapis, para pelanggan diingatkan supaya menyemak percetakkan pada bungkusan yang mana ia harus menyatakan keluaran PPKLS, ramuan, hak cipta/Geographical Identification Mark (IG) serta logo halal.

Jangan risau!!! Kami menjaga kepentingan anda. hihihihi..

No comments:

Post a Comment